Diploma Kemahiran Aesthetic Services (Beauty)

diploma kemahiran tvet aesthetic services beauty (4)

Diploma Kemahiran Aesthetic Services (Beauty) merupakan program TVET yang direka untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran praktikal dan teknik profesional dalam bidang kecantikan, penjagaan diri dan perkhidmatan estetik. Program ini memberi penekanan kepada latihan amali supaya pelajar dapat menguasai kemahiran kecantikan mengikut keperluan industri.

Pengenalan

Program Diploma Kemahiran Aesthetic Services di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) melalui Akademi TVET UNIRAZAK (ATUR) direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kecantikan dan estetik profesional yang memenuhi standard industri semasa. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran praktikal dalam rawatan kecantikan, penjagaan kulit, terapi estetik serta penggunaan teknologi kecantikan moden yang semakin mendapat permintaan tinggi dalam industri kesihatan dan kecantikan.

Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai teknik rawatan estetik seperti facial treatment, body therapy, skin analysis, spa therapy, dan pengendalian peralatan estetik moden. Selain itu, program ini turut memberi pengetahuan berkaitan konsultasi pelanggan, standard kebersihan dan keselamatan, serta pengurusan operasi pusat kecantikan bagi memastikan graduan bersedia menghadapi situasi sebenar di tempat kerja. Pendekatan pembelajaran berasaskan praktikal (hands-on) membantu pelajar menguasai kemahiran industri secara profesional.

Program ini juga menekankan pembangunan kemahiran komunikasi, etika kerja dan keusahawanan agar graduan bukan sahaja mampu bekerja dalam industri kecantikan, malah berpotensi untuk membina perniagaan sendiri dalam bidang estetik dan spa. Dengan sokongan latihan TVET dan pensijilan kemahiran yang diiktiraf, graduan mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam industri kecantikan yang semakin berkembang di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

SPM Tidak Diperlukan
Untuk Memohon
Kemasukan Terus
Tanpa Temuduga
Diiktiraf Kementerian Sumber Manusia
Bantuan Kewangan + Elaun Sara Diri RM400 Setiap Bulan
Asrama Disediakan (RM260 Sebulan)
Penempatan Pekerjaan Disediakan

Ada Sebarang Soalan?

Hubungi Kami

Upskilled Education
Jalan PPT 2, Pusat Perniagaan Templer, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti

celcom       airasia       perodua       genting       shangrila       etiqa       prudential       airasia       fedex

Kenapa Pilih Program Ini?

Permohonan adalah secara Direct Entry dan tidak memerlukan sijil SPM sebagai syarat kemasukan.

Bantuan kewangan disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) termasuk Elaun Sara Diri berjumlah RM400 setiap bulan.

Program ini ditawarkan oleh salah satu universiti ternama yang mendpat permintaan tinggi oleh majikan seluruh Malaysia iaitu Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

MOHON

Anda perlukan maklumat lanjut mengenai program ini? Lengkapkan Borang Pertanyaan dibawah dan wakil kami akan menghubungi anda secepat mungkin!

Inactive

Giving

All donations to the Student Emergency Fund will directly support our students as they adapt to changing circumstances.

Alumni

Everything that I learned at Kempbelle University really helped put me above the competition in the field of business management.

Alyssa Watson
BA Business Management

Inactive