Diploma Kemahiran Early Childhood Education

diploma kemahiran tvet early childhood education (4)

Diploma Kemahiran Early Childhood Education merupakan program TVET yang direka untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang pendidikan serta penjagaan awal kanak-kanak. Program ini memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, emosi, sosial, kognitif dan bahasa melalui pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan peringkat usia mereka.

Pengenalan

Program Diploma Kemahiran Early Childhood Education di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) direka untuk melahirkan tenaga pendidik awal kanak-kanak yang berkemahiran, kreatif dan profesional dalam bidang pendidikan prasekolah. Program ini memberi penekanan kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari aspek kognitif, emosi, sosial, fizikal dan komunikasi, selaras dengan keperluan pendidikan awal masa kini.

Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak, pengurusan bilik darjah, perkembangan psikologi kanak-kanak, serta penggunaan aktiviti kreatif dan interaktif dalam proses pembelajaran. Selain itu, program ini turut memberi pengetahuan berkaitan keselamatan, kesihatan dan pemakanan kanak-kanak bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.

Program ini juga menekankan pembelajaran berasaskan praktikal melalui latihan industri dan pengalaman mengajar di taska atau tadika sebenar. Pendekatan ini membantu pelajar membina keyakinan, kemahiran komunikasi dan sikap profesional dalam mengendalikan kanak-kanak secara efektif. Dengan gabungan kemahiran pendidikan dan pembangunan sahsiah, graduan program ini berpotensi menjadi pendidik awal kanak-kanak yang berkualiti dan memenuhi keperluan industri pendidikan moden.

SPM Tidak Diperlukan
Untuk Memohon
Kemasukan Terus
Tanpa Temuduga
Diiktiraf Kementerian Sumber Manusia
Bantuan Kewangan + Elaun Sara Diri RM400 Setiap Bulan
Asrama Disediakan (RM260 Sebulan)
Penempatan Pekerjaan Disediakan

Ada Sebarang Soalan?

Hubungi Kami

Upskilled Education
Jalan PPT 2, Pusat Perniagaan Templer, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti

celcom       airasia       perodua       genting       shangrila       etiqa       prudential       airasia       fedex

Kenapa Pilih Program Ini?

Permohonan adalah secara Direct Entry dan tidak memerlukan sijil SPM sebagai syarat kemasukan.

Bantuan kewangan disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) termasuk Elaun Sara Diri berjumlah RM400 setiap bulan.

Program ini ditawarkan oleh salah satu universiti ternama yang mendpat permintaan tinggi oleh majikan seluruh Malaysia iaitu Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

MOHON

Anda perlukan maklumat lanjut mengenai program ini? Lengkapkan Borang Pertanyaan dibawah dan wakil kami akan menghubungi anda secepat mungkin!

Inactive

Giving

All donations to the Student Emergency Fund will directly support our students as they adapt to changing circumstances.

Alumni

Everything that I learned at Kempbelle University really helped put me above the competition in the field of business management.

Alyssa Watson
BA Business Management

Inactive