Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah

diploma kemahiran tvet pengurusan mutawwif umrah ziarah (4)

Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah merupakan program TVET yang direka untuk melahirkan individu berkemahiran dalam bidang pengurusan, bimbingan dan pengendalian jemaah umrah serta ziarah. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran praktikal dan pengetahuan yang diperlukan bagi membantu jemaah sepanjang perjalanan ibadah, termasuk sebelum, semasa dan selepas berada di Tanah Suci.

Pengenalan

Program Diploma Kemahiran Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) direka untuk melahirkan tenaga profesional yang berkemahiran dalam pengurusan ibadah umrah dan ziarah secara sistematik, beretika dan mengikut syariat Islam. Program ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran mutawwif, pengurusan pelancongan Islam serta pengendalian jemaah bagi memenuhi keperluan industri umrah dan pelancongan Islam yang semakin berkembang.

Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan kepada ilmu berkaitan ibadah umrah dan ziarah, pengurusan perjalanan jemaah, komunikasi dan bimbingan mutawwif, serta pengurusan operasi agensi pelancongan Islam. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari aspek fiqh ibadah, pengurusan dokumen perjalanan, keselamatan jemaah, layanan pelanggan dan pengendalian situasi kecemasan bagi memastikan perjalanan ibadah berjalan lancar dan teratur.

Program ini turut menekankan pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kemahiran komunikasi interpersonal agar graduan mampu menjadi mutawwif yang profesional, berintegriti dan diyakini oleh masyarakat. Pendekatan pembelajaran berasaskan praktikal dan industri membantu pelajar memperoleh pengalaman sebenar dalam pengurusan umrah dan ziarah serta meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam sektor pelancongan Islam.

SPM Tidak Diperlukan
Untuk Memohon
Kemasukan Terus
Tanpa Temuduga
Diiktiraf Kementerian Sumber Manusia
Bantuan Kewangan + Elaun Sara Diri RM400 Setiap Bulan
Asrama Disediakan (RM260 Sebulan)
Penempatan Pekerjaan Disediakan

Ada Sebarang Soalan?

Hubungi Kami

Upskilled Education
Jalan PPT 2, Pusat Perniagaan Templer, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti

celcom       airasia       perodua       genting       shangrila       etiqa       prudential       airasia       fedex

Kenapa Pilih Program Ini?

Permohonan adalah secara Direct Entry dan tidak memerlukan sijil SPM sebagai syarat kemasukan.

Bantuan kewangan disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) termasuk Elaun Sara Diri berjumlah RM400 setiap bulan.

Program ini ditawarkan oleh salah satu universiti ternama yang mendpat permintaan tinggi oleh majikan seluruh Malaysia iaitu Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

MOHON

Anda perlukan maklumat lanjut mengenai program ini? Lengkapkan Borang Pertanyaan dibawah dan wakil kami akan menghubungi anda secepat mungkin!

Inactive

Giving

All donations to the Student Emergency Fund will directly support our students as they adapt to changing circumstances.

Alumni

Everything that I learned at Kempbelle University really helped put me above the competition in the field of business management.

Alyssa Watson
BA Business Management

Inactive