Sokongan Kewangan untuk Pelajar TVET dan Kursus Kemahiran di Malaysia
Nak sambung belajar dalam bidang kemahiran tapi risau tentang kos yuran? Jangan bimbang — ada satu badan khas yang ditubuhkan untuk membantu pelajar macam anda: iaitu Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
PTPK adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang memberikan pinjaman pelajaran kepada pelajar yang ingin mengikuti latihan teknikal dan vokasional (TVET), terutamanya di institusi swasta.
Apa Itu PTPK?
PTPK ialah sebuah badan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menyediakan pembiayaan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pelatih yang mengikuti kursus-kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), atau program berkaitan kemahiran lain di institusi yang diiktiraf.
Siapa yang Layak Mohon?
Antara syarat umum untuk mohon PTPK ialah:
-
Warganegara Malaysia
-
Umur antara 15 hingga 45 tahun
-
Telah diterima masuk ke institusi latihan kemahiran yang berdaftar dan diiktiraf
-
Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana agensi pinjaman kerajaan
Pelajar yang sedang mengikuti program seperti di Meatech College juga boleh mohon jika program mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Apa Yang Dibiayai?
PTPK membantu pelajar dengan pembiayaan seperti:
– Yuran latihan (yuran pengajian)
– Elaun sara diri bulanan (biasanya sekitar RM300 sebulan)
– Insurans perlindungan kemalangan
Jumlah pinjaman bergantung pada tahap kursus, tempoh pengajian, dan jenis program.
Kelebihan PTPK
– Tanpa penjamin dan cagaran – Mudah untuk mohon.
– Bayaran balik selepas tamat belajar – Anda hanya mula bayar selepas habis kursus dan mendapat kerja.
– Kadar faedah rendah – Lebih ringan berbanding pinjaman biasa.
– Membantu pelajar B40 – Fokus utama adalah untuk membantu golongan yang memerlukan.
No comment